Pastikan nombor peribadi anda
Pengasas rawatan terapi warna di Malaysia ini berpendapat, kalau seseorang
tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, insha-Allah dia akan berjaya.
"Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh," katanya berseloroh.
Lalu Prof. Dr. Norhisham menghuraikan rahsia nombor dan kegunaannya hasil kajiannya itu.
1 SatuLambang keunggulan Tuhan.
Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan.
Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu
suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang.
Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini,
dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.
2 DuaNombor
ini bersifat pasangan
seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol
pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi
dan jodoh.
Menurut
Prof. Dr. Norhisham, bagi seseorang yang
sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah
nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup
sekadar
mengingati nombor itu.
Untuk
lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah
atau air kelapa, lebih elok air zam-zam.
Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari.
Kemudian minum,
ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk
mendapat pasangan.
"Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut.
Insha-Allah.tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh," tambahnya lagi.
3 TigaRahsia akal, bijaksana,
keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.
Bernaung
di bawah nombor ini menjadikan anda seorang
yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila
hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia
baik atau
buruk.
Boleh
menjadi pencipta yang baik tetapi bermula
dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa
kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.
Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah,
kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya.
Pintar
menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu
rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak
ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.
4 - EmpatNombor
ini membawa simbol
rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan
kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan
lengkap. Ia stabil
dan tidak mudah di ganggu-gugat atau
dipengaruhi.
Kekuatan
mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat
melalui daya imaginasi. Agakan mereka
selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai
arkitek, jurutera dan
pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.
5 LimaSimbol kreatif, intelek,
mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi.
Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas
dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan.
Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi
orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan.
Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan
5, nescaya mudah semuanya.
6 EnamHati-hati dengan 6 jika
anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk.
666 adalah lambang syaitan gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah
kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.
Kalau
nombor peribadi anda 6, anda suka meramal
dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin.
Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.
Bagi
yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan
atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan
niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat
akan terlaksana.
7 TujuhInilah
nombor paling baik.
Selain itu ia juga lambang pembalasan,
memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan
penghalau hantu.
Insha-Allah
doa mereka dimakbulkan jika mengulangi
7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan
mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu
yang
meresap di dalam badan.
Caranya
mudah palitkan nombor 7 dengan menggunakan
kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab
dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu
yang
sedang sakit bersalin daripada dimasuki
iblis.
8 LapanOrang Cina cukup
suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit
untuk
mendpatkannya untuk plat kereta atau rumah.
Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi
sampai satu
tahap jatuh bankrap.
Sebabnya.
kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya
bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun
nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah
kekayaan,
kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna,
lengkap dan akhirnya kematian.
Jika
anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali
cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen
terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan
mati.
9 SembilanNOMBOR
ini lambang kebenaran.
Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga
lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai
perjuangan, kepahlawanan,
peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun
mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan
percakapan atau
suka lepas cakap.
Tapi,
jangan bimbang.walaupun mudah terlanjur tetapi
anda seorang yang cukup sempurna dalam hal
ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang
yang hilang.
Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa
semula, jika tersalah simpan!
10 atau 0Sombol
keabdian Yang
Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak
dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada
pengakhiran
tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar
dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir.
Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan
oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya Ppencipta memilikinya.
Menurut
Prof. Dr. Norhisham, mengetahui nombor
peribadi penting kerana melaluinya kita dapat
mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika
membuat
perhitungan dan insha-Allah tidak wujud
penyesalan.
Kita
tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik,
minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh
fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan
sendiri, menghalau
hantu, mencari pasangan dan mendapat
kekayaan.Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969à 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4) Jadi nombor peribadi anda adalah 4. Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggarankasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri. |
background
Tuesday, May 8, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment